Abot Dalam Kenangan


"AbOt DaLaM KeNaNgAn"
  • NaMa : AbOt
  • UmUr : Remaja (rasanyela...)
  • P.O.B : Sabak Bernam..kucing jawa kot
  • HoBi : Tido Terlentang & Buat Aksi Pelik2
  • TaRiKh MaTi : 30 DisemBer 2009
  • SeBaB KeMaTiaN : Makan rumput yang diracun
~ Alahai Abot Sekor Nie ~



BaiK PuNYa PoSinG...



MaNa Saje Pun Boleh Lepak...




AkSi Stunt...


BaRu Lepas ManDi...


ToM & JerrY...




30 Disember 2009..ajal dah sampai :(


Bila Izra'il datang memanggil Jasad terkubur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil Terkujur badan nan kedinginan

p/s : Cukuplah Allah sebagai wali, al-Qur'an sebagai penghibur dan mati sebagai peringatan

HAJI BAKHIL???

Sedekah Penyubur Jiwa

Tiga orang lelaki yang terkenal kedekut sedang berkira-kira untuk memberi sedekah sebahagian harta setelah orang ramai mengecam sifat kedekut mereka.

Lelaki 1: Aku akan melukis satu bulatan di atas tanah kemudian aku akan lemparkan wang
ke udara. Wang yang jatuh di dalam bulatan itu milik aku, manakala wang yang
jatuh di
luar bulatan akan menjadi milik orang miskin.

Lelaki 2: Aku pula akan melukis satu garisan memanjang di atas tanah. Aku akan lemparkan
wang ke langit. Wang yang jatuh di sebelah kanan garisan adalah wang aku.
Manakala
wang yang jatuh di sebelah kiri garisan akan aku dermakan.

Lelaki ketiga diam sejenak sambil mencari alasan yang lebih hebat...

Lelaki 3: Aku tidak akan melukis bulatan atau garis lurus di atas tanah. Aku akan lemparkan
sahaja duit ke langit. Duit yang jatuh ke tanah adalah milikku. Manakala duit yang
tidak jatuh itu adalah milik orang miskin.


Pengajaran: Orang pemurah memikirkan cara untuk memberi, orang bakhil memikirkan alasan untuk tidak memberi


Sumber: Majalah Solusi, Isu No.14 2009

SkEtCh Of LiFe

SECEBIS KENANGAN


Note:Video ni adalah satu daripada kerja kursus yang wajib dibuat masa ambil kursus DPLI di UPSI baru2 ni..

Kupersembah Khas Buatmu Sahabatku

Dunia semakin canggih..perhubungan semakin pantas..rakan dari serata ceruk dunia pasti akan ketemu akhirnya..
Coretan ini khusus untuk sahabat2 yang mengenali diriku seawal tadika..

SK Maran, Pahang (1988-1992)
SRK Jalan Bahagia, Temerloh Pahang (1993) UPSR
SM Seri Jengka, Maran Pahang (1994-1996) PMR
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang Selangor
(1997-2000) SPM, STPM

Kebanyakan dari mereka semuanya telah terputus hubungan semenjak aku menyambung pengajian di KISAS..apabila pertama kali bertemu semula setelah hampir 16 tahun tak jumpa, ramai yang bertanya tentang kisahku selepas tamat tingkatan3..jadi coretan ini kupersembahkan khas buatmu sahabat2ku..


Aku meneruskan persekolahan menengah atas di 'negeri' orang..Klang Selangor selama 4 tahun. SPM, STPM, SKK dan STK..4 peperiksaan besar aku lalui di sana termasuk 2 sijil agama yang akhirnya melayakkan aku untuk ke Universiti al-Azhar..

6 tahun di Mesir menyambung degree, bermula akhir 2000 hingga akhir 2006 sangat memeritkan..2 kali gagal heh..ayah kata "takpe..penting dalam hidup ni, kita merasa gagal..agar kite jadi orang yang tidak sombong dengan kejayaan"..terubat rasa hati..terima kasih ayah. Sepanjang di sana juga, hanya 2 kali balik ke Malaysia..setelah tiga tahun di rantauan dan kali kedua balik abis belajar..

Sempat seminggu bergelar penganggur sesudah tiba di tanahair, aku mendapat peluang bekerja di UiTM Jengka bermula 10 Januari 2007. Setahun setengah menjadi Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa di CITU Pahang..banyak pengalaman manis..terutamanya dengan pelajar2 yang lebih kurang sebaya..
Sepanjang bekerja di Jengka, aku turut meyambung pengajian di peringkat Master pula di Universiti Malaya dalam bidang yang sama dengan ijazah Usuluddin quran hadis, bermula Julai 2007..Setiap isnin dan Rabu berkejar-kejar ke KL (balik hari orang pahang kata)..bus, train, taxi dan tak ketinggalan 'foot'..hehe bejalan kaki lah maksudnya..penat tak terkira..rehlah ilmiah yang menyiksakan.

Tapi sayang, setelah 2 semester berhempas pulas, master terpaksa tangguh atas sebab kesihatan..(nak tau sebab ape, tanya personal..nasib baik dapat jawapannya!)



Semasa bekerja di Jengka juga aku mendirikan rumah tangga dengan suami tersayang Kekanda Mohd Ikmal Izwan bin Rosli pada tarikh keramat Pilihanraya Malaysia..8 Mac 2008.
Sehingga 31 Julai 2008 kami ber PJJ (perkahwinan jarak jauh) dan setelah itu aku berpindah ke rumah suami di Sabak Bernam selangor setelah berhenti mengajar di UiTM Jengka. (berhenti kerja dan tangguh belajar berlaku serentak)

6 bulan jadi suri rumah sepenuh masa dan pada awal
januari 2009..aku mengambil diploma pendidikan lepas ijazah (DPLI) di UPSI...sekali lagi menjadi pelajar..pelajar yang belajar untuk jadi cikgu.

Sehingga kini...aku masih lagi pelajar upsi..(sebab tak konvokesyen lagi)...sedang bercuti sepenuh masa dirumah sementara menunggu keputusan posting...

Kemana la pulak aku pergi selepas ini...hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Sekian coretan serba ringkas kepada sahabat2 yang bertanya..moga rindu kalian terubat akhirnya..Aku sangat berbesar hati jika dapat mendengar cerita kalian pula sepanjang lama kita tidak bersua...

Salam ingatan penuh kerinduan,

Noorli Nizri
Sabak Bernam
24 November 2009

gambar raya

Selepas solat raya di Kg. Penak, Pahang

Bonda tercinta

Mengajar itu seni...

Gambar hiasan

"Mengajar itu seni..." kata-kata terakhir yang keluar dari mulut pensyarah saya, setelah selesai memberikan komentar, terhadap proses p&p yang berlangsung awal pagi tadi. Menghabiskan 70 minit diobserve hari ini adalah cukup memenatkan bagi saya. Penat berperang dengan perasaan sendiri. Maklum sajalah, ini adalah kunjungan kedua dan merupakan kunjungan terakhir pensyarah ke sekolah. Pastinya saya ingin mempersembahkan sesuatu yang terbaik untuknya dan mendapat penilaian yang secemerlang mungkin darinya.

Namun demikian mujur saya cepat berbisik kepada diri sendiri. Penilaian itu sememangnya sangat penting, sebagai tiket untuk saya menjadi guru sebenar. Tetapi apa yang lebih penting adalah persembahan harian saya yang mana penilainya adalah pelajar-pelajar saya sendiri. Faham ke tidak mereka?..masuk ke hati atau pun tidak apa yang saya perkatakan?..akan menjadi amalan atau pun tidak apa yang saya ajarkan?...Itu yang lebih penting untuk difikirkan sebagai seorang guru. Walaupun guru pelatih macam saya.

Berdiri seorang diri tanpa ada pemerhati di belakang kelas, ibarat seorang pelukis bersama kertas lukisan gergasi yang kosong. Di tangan memegang berus lukisan yang siap sedia untuk dihayunkan...cantik hayunan,maka bersenilah corak yang dihasilkan...tidak berarah lakaran, maka buruk jualah hasil yang akan dipamerkan. Itulah sebenarnya pengajaran

Di sini baru saya menemui rentak apa yang dikatakan sebagai mengajar itu seni...

Tuan Minal..Ulama' Nusantara

BIOGRAFI TUAN MINAL

Nama penuh beliau ialah Syeikh Wan Zainal `Abidin bin Wan Muhammad al-Fatani bin Wan Muhammad Dahan bin Wan Syamsuddin bin Wan Ja’far bin Wan Husein bin Ali. Ada juga pendapat lain yang menyebutkan bahawa beliau adalah daripada jalur yang kedua dari keturunan Syeikh Ibrahim Hadrami iaitu salasilahnya Wan Muhammad Dahan Syeikh Wan Muhammad Muhyiddin bin Syeikh Yahya bin Syeikh Ibrahim Hadrami. Salasilah ini bersambung melalui anak kedua Syeikh Ibrahim al-Hadrami iaitu Wan Jamilah Syandaniyah binti Syeikh Ibrahim al-Hadrami. Wan Jamilah adalah isteri kepada Syeikh Ja’far bin Syeikh Wan Husein bin Syeikh Ali, yang merupakan salah seorang daripada rangkaian salasilah Syeikh Zayn al-`Abidin al-Fatani.

Menurut kajian salasilah ini juga, datuk beliau iaitu Syeikh Wan Muhammad Dahan al-Fatani telah mendapat tiga orang anak yang kesemuanya menjadi `ulama’ dan melahirkan beberapa keturunan para `ulama’. Ketiga-tiga anaknya itu ialah Syeikh Wan Muhammad al-Fatani yang menurunkan keturunan Puak Tuan Minal, Syeikh Wan Abdul Karim yang menurunkan keturunan Puak Tok Raja Haji Jambu dan Syeikh Wan Abdul Lathif al-Fatani yang menurunkan keturunan Puak Tok Duku dan Telok Manok.


SIKAP TUAN MINAL

Tokoh ini lebih mesra dengan panggilan Tuan Minal. Menurut sejarah yang diceritakan, asal nama Tuan Minal adalah daripada daripada serangkai peristiwa yang sering berlaku ketika beliau merasa marah atau gusar terhadap murid-muridnya. Beliau akan membacakan surah al-Nas. Sewaktu tiba pada ayat minal jinnati wan nas, beliau akan mengeraskan suaranya. Kekerasan suaranya menggambarkan tahap kemarahannya. Namun demikian, apa yang unik tentang beliau ialah, kemarahan beliau tidak dapat dikesan melalui riak wajah yang sentiasa tenang, sebaliknya dikesan melalui kederasan surah al-Nas yang dialunkan.


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Syeikh Zayn al-`Abidin al-Fatani mendapat pendidikan awal daripada kedua orang tuanya di kampung halaman sendiri di Daerah Patani. Selepas itu beliau memasuki Pondok Bendang Daya Patani dan sempat berguru dengan pengasasnya yang pertama iaitu Syeikh Haji Wan Mustafa bin Muhammad al-Fatani. Tidak cukup setakat ini, beliau turut menuruti langkah `ulama’ Tanah Arab dengan melakukan rehlah `ilmiyah di luar tanah kelahiran. Syeikh Zayn al-`Abidin al-Fatani telah menyambung pengajiannya di Mekah dan mengutip seberapa banyak mutiara ilmu dari `ulama’ Mekah termasuklah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani.

Ketokohan beliau dalam bidang ilmu menyebabkan beliau layak mendapat gelaran al-'Alim al-'Allamah al- Mudaqqiq al-Fahamah Sirajuddin. Satu gelaran lengkap yang menggambarkan pelbagai makna. Sirajuddin yang bererti `Lampu Agama' adalah kerana karyanya Kasf al-Litham yang merupakan karya terbesar fikah yang membicarakan furuk-furuk fikah yang paling lengkap dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan `Aqidatun Najin yang merupakan karya kedua terbesar sesudah Warduz Zawahir karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani.

Selain digelar dengan Sirajuddin, Syeikh Zayn al-`Abidin bin Muhammad al-Fatani digelar juga dengan al-`Alim atau lebih tinggi daripada sebutan itu ditambah lagi dengan gelar al-'Allamah. Ditambah lagi dengan `al-Mudaqqiq', yang bermaksud seorang yang sangat teliti. Ditambah lagi dengan `al-Fahamah', yang bermaksud mempunyai kefahaman tentang Islam terutamanya bidang Feqh.

Beliau juga diletakkan sebagai `ulama’ Asia Tenggara generasi ketiga daripada empat generasi susur galur `ulama’ Asia Tenggara. Keadaan ini menempatkan beliau sebaris dengan tokoh-tokoh besar yang lain seperti Syeikh Ahmad Katib Minangkabau, Syeikh Nawawi Bantan dan Syeikh Mahfudh Tarmasi.


SUMBANGAN SEBAGAI PENDIDIK

Sekembalinya Syeikh Zayn al-`Abidin al-Fatani dari Mekah, beliau telah mengasaskan sebuah pondok pengajian di Patani yang terletak di daerah Bendang Badang. Setelah institusi pengajian di pondok tersebut kukuh, beliau telah mengasaskan pula sebuah pondok di Sungai Dua Seberang Perai. Ketika itu beliau telah pun berhijrah ke Tanah Melayu dan pondoknya di Patani diteruskan oleh anak-anaknya. Pondoknya di Seberang Perai telah pun menangani pondok pengajian Syeikh Muhammad Yusra al-Kalantani.


Pengenalan Ringkas Karya-Karya Beliau

1. Kasyf al-Ghaybiyah; Pada menyatakan yang ghaib-ghaib daripada ahadith al-marwiyah, (1301 H/1883M).

Kandungannya membicarakan mulai kejadian alam seluruhnya, tanda-tanda kiamat dan peristiwa dahsyat kejadian Hari Kiamat.

Cetakan pertama Matba'ah al-Miriyah al-Kaynah, Mekah, 1302 H. Ditashhih dan diusahakan penerbitannya oleh Syeikh Ahmad al-Fatani. Cetakan Matba'ah al-Taraqqil Majidiyah `Uthmaniyah, Mekah, 1332 H/1913 M, diusahakan oleh anak beliau, Syeikh Muhammad Saleh al-Fatani dengan tashih Syeikh Idris Husayn al-Kalantani.

2. Kasyf al-Litham `an as’ilati al-Anam, (1307 H/1889 M)

Kitab ini menonjokan nama Tuan Minal. Merupakan kitab feqh terbesar yang paling lengkap membicarakan tentang furu`-furu` feqh dalam bahasa Melayu.

Cetakan al-Qahirah : `Isa al-Babi al-Halabi, [n.d.]

3. `Aqidatun Najin fi `Ilmi Ushuliddin, (1308 H/1890 M)

Diselesaikan pada hari Sabtu, Jamadilakhir tahun 1308 H/1890 M. Kitab ini bukan hanya setakat untuk rujukan tetapi masih banyak diajar di surau-surau dan di masjid-masjid bahkan di beberapa pondok di seluruh dunia Melayu. Sebagaimana telah tersebut bahawa kitab ini yang kedua besar tentang akidah dalam bahasa Melayu sesudah Warduz Zawahir karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani tetapi adalah yang pertama besar yang masih beredar di pasaran dan yang diajarkan.

Cetakan pertama oleh Matba`ah al-Miriyah al-Kaynah, Mekah 1319 H/1901 M dan ditashihkan oleh Syeikh Ahmad al-Fatani.

4. Irsyad al-`Ibad ila Sabil al-Rasyad, (t.t)

Pernah dicetak dalam beberapa edisi iaitu Matba`ah al-Miriyah Mekah, Matba`ah Dar al-Ihya’ al-Kutub al-`Arabiyah Mesir, Matba`ah al-Ahmadiyah Singapura, Persama Press Pulau Pinang dan lain-lain.

5. Tabassum al-Syaribin, (t.t)

Dicetak oleh al-Ahmadiyah Press, Singapura dan dikombinasikan dengan cetakan Irsyad al-`Ibad ila Sabil al-Rasyad.

6. Miftahul Murid fi `Ilmit Tauhid, (t.t)

Cetakan pertama Matba'ah al-Taraqqil Majidiyah, Mekah 1330 H. Cetakan pertama Pulau Pinang, 1373H/1954M. Kitab ini dicetak kombinasi dengan karya anak beliau, Syeikh Umar dengan judulnya Risalah Pada Menyatakan Sebab Jadi Murtad.

7. Sembahyang Jumaat

Nombor kelas MS 111, Koleksi Pusat Manuskrip Perpustakaan Negara Malaysia. Naskhah tidak lengkap, hanya enam muka surat sahaja. Belum pernah diterbitkan.

8. Tahqiq al-Kalam fi Bayan Ibtidais Shiyam

Nombor kelas MS 112, Koleksi Pusat Manuskrip Perpustakaan Negara Malaysia.

Naskhah tidak lengkap, hanya enam muka surat sahaja. Belum pernah diterbitkan.


RUJUKAN

1. Bicara Agama Utusan Malaysia, Ulama’ Dari Keturunan Syeikh Ibrahim al-Hadrami, 12 November 2006.

2. Web Ulama’ Nusantara, Wan Mohd Soghir, http://ulama-nusantara.blogspot.com/2006/11/tuan-minal-al-fathani-karangannya.html, 12 November 2006

3. Kertas Kerja Hari Pondok Se-Malaysia 1, http://naungan_nur_wahyu.tripod.com/id33.html, 20 Oktober 2007

4. Boleh didapati di Perpustakaan Akademi Islam,Universiti Malaya, no. panggilan BP 166.8 ZAY dan di Perpustakaan Peringatan Za’ba no. panggilan BP 166.5 Ahmkal

5. Boleh didapati di Perpustakaan Akademi Islam dan Perpustakaan Peringatan Za’ba, Universiti Malaya no. panggilan BP 166 ZAY 1

6. Boleh didapati di Perpustakaan Utama, Universiti Malaya, no. panggilan BP 166.2 ZAY